Friday, 6 July 2012

Iman


Segala puji hanya bagi Dia.. 06/07/2012 sekali lagi aku memasuki dewan bedah,kali yang ketiga dalam satu tahun.. Boleh buat rekod ni!haha tapi rasanya taklah teruk macam yang sebelum ni,mungkin itulah perbezaan local bius dan deepsleep.. entah apa tahnamanya..G.A? lepas pembedahan hanya rasa sakit dalam 2 jam,lepas tu Alhamdulillah dah tak ada rasa sakit lagi.. Apa yang istimewa kali ini ialah jiran-jiran sekatil didalam wad,sangat ramah..dan diajak berborak,bercerita,dan berkongsi pengalaman.. Abg Jepri,orang kancung darat.. Abg razin,orang kapar,Uncle yang lupa nak tanya nama,rumah belakang hospital.. Apabila melihat penderitaan mereka,aku rasa sangat bersyukur.. kadang kala sebelum ini ada juga aku menyesali apa yang terjadi.Tapi sebenarnya ianya aturan tuhan.. DaripadaNya kita datang,kepadaNya kita kembali.. aku teringat apa yang pernah kubaca didalam sebuah buku: "Janganlah kita memandang kepada orang yang lebih tinggi dari kita,kelak kita tak akan pernah merasa puas.Tapi pandanglah orang yang berada dibawah kita,maka kita akan sentiasa merasa bersyukur." Sungguh benar! Semasa diwad,aku bejaya mengkhatamkan buku pertama karangan Hilal Asyraf yang baru dibeli selesa lalu.Kurang dari 24 jam habis..:D boleh tahan jalan ceritanya... mengisahkan tetang persahabatan,keimanan sebagai paksi bagi setiap amal,dan berlatar belakang kehidupan pelajar malaysia dijordan yang amat menarik bagiku(I have quite a lots of memories from jordan,eventhough i haven`t been there!hahaha) lepas ni boleh la aku beli buku-buku Hilal Ashraf buat koleksi.. Esok dia nak kahwin dah,pada usia 23 tahun,impressive!!hahaha Aku pun pernah bercadang kahwin muda,tapi bila difikirkan memang aku masih tak matang mengatur kehidupan.. Tak akan bila dah kahwin masih mengharap duit bapak ye dak? dan belajar pun akan membakar banyak daripada umur yang sedikit ni.. banyak lagi yang aku perlu pelajari,agar aku dapat menjadi manusia yang lebih baik,kepada Allah,rasul,ibubapa dan yang lain.. mungkin tak lama lagi..Amin Bila ada orang cakap yang dia nak pada kita,penat juga nak fikir ya.. padahal kalau accept,mesti sonang je jalannya.. anak tok tue(UAI:D) lak tu..haha tapi hati aku tak terbuka pula..kalau nak frust pasal S.P pun tak ada gunanya.. dah tunang pun,dengan orang yang hensem,ada background agama,my own friend pulak(tak tau la dia tau tak pasal aku)bagus la..aku gemibra kalau S.P gembira. Sedar x sedar,sebenarnya aku ni banyak juga terperangkap dengan perempuan,maksudnya hubungan yang tak matang..huh~ hahaha berkali-kali pisang berbuah,tau la suka makan piasang..hahaha Ambillah pengajaran,ini bukan matlamat dalam hidup.. ia hanya pelengkap saja..ada suatu yang lebih-lebih besar untuk dicapai..apa kau nak redha dengan tahap dirimu sekarang.. Tidak sama sekali..maka cepat-cepatlah matang..dan hidup dengan paksi iman.. dengan iman datang takut,dengan takut datang bahagia..