Friday 6 July 2012

Iman


Segala puji hanya bagi Dia.. 06/07/2012 sekali lagi aku memasuki dewan bedah,kali yang ketiga dalam satu tahun.. Boleh buat rekod ni!haha tapi rasanya taklah teruk macam yang sebelum ni,mungkin itulah perbezaan local bius dan deepsleep.. entah apa tahnamanya..G.A? lepas pembedahan hanya rasa sakit dalam 2 jam,lepas tu Alhamdulillah dah tak ada rasa sakit lagi.. Apa yang istimewa kali ini ialah jiran-jiran sekatil didalam wad,sangat ramah..dan diajak berborak,bercerita,dan berkongsi pengalaman.. Abg Jepri,orang kancung darat.. Abg razin,orang kapar,Uncle yang lupa nak tanya nama,rumah belakang hospital.. Apabila melihat penderitaan mereka,aku rasa sangat bersyukur.. kadang kala sebelum ini ada juga aku menyesali apa yang terjadi.Tapi sebenarnya ianya aturan tuhan.. DaripadaNya kita datang,kepadaNya kita kembali.. aku teringat apa yang pernah kubaca didalam sebuah buku: "Janganlah kita memandang kepada orang yang lebih tinggi dari kita,kelak kita tak akan pernah merasa puas.Tapi pandanglah orang yang berada dibawah kita,maka kita akan sentiasa merasa bersyukur." Sungguh benar! Semasa diwad,aku bejaya mengkhatamkan buku pertama karangan Hilal Asyraf yang baru dibeli selesa lalu.Kurang dari 24 jam habis..:D boleh tahan jalan ceritanya... mengisahkan tetang persahabatan,keimanan sebagai paksi bagi setiap amal,dan berlatar belakang kehidupan pelajar malaysia dijordan yang amat menarik bagiku(I have quite a lots of memories from jordan,eventhough i haven`t been there!hahaha) lepas ni boleh la aku beli buku-buku Hilal Ashraf buat koleksi.. Esok dia nak kahwin dah,pada usia 23 tahun,impressive!!hahaha Aku pun pernah bercadang kahwin muda,tapi bila difikirkan memang aku masih tak matang mengatur kehidupan.. Tak akan bila dah kahwin masih mengharap duit bapak ye dak? dan belajar pun akan membakar banyak daripada umur yang sedikit ni.. banyak lagi yang aku perlu pelajari,agar aku dapat menjadi manusia yang lebih baik,kepada Allah,rasul,ibubapa dan yang lain.. mungkin tak lama lagi..Amin Bila ada orang cakap yang dia nak pada kita,penat juga nak fikir ya.. padahal kalau accept,mesti sonang je jalannya.. anak tok tue(UAI:D) lak tu..haha tapi hati aku tak terbuka pula..kalau nak frust pasal S.P pun tak ada gunanya.. dah tunang pun,dengan orang yang hensem,ada background agama,my own friend pulak(tak tau la dia tau tak pasal aku)bagus la..aku gemibra kalau S.P gembira. Sedar x sedar,sebenarnya aku ni banyak juga terperangkap dengan perempuan,maksudnya hubungan yang tak matang..huh~ hahaha berkali-kali pisang berbuah,tau la suka makan piasang..hahaha Ambillah pengajaran,ini bukan matlamat dalam hidup.. ia hanya pelengkap saja..ada suatu yang lebih-lebih besar untuk dicapai..apa kau nak redha dengan tahap dirimu sekarang.. Tidak sama sekali..maka cepat-cepatlah matang..dan hidup dengan paksi iman.. dengan iman datang takut,dengan takut datang bahagia..

Tuesday 13 September 2011

In my place, in my place
Were lines that I couldn't change
I was lost, oh yeah

I was lost, I was lost
Crossed lines I shouldn't have crossed
I was lost, oh yeah

Yeah, how long must you wait for him?
Yeah, how long must you pay for him?
Yeah, how long must you wait for him?

I was scared, I was scared
Tired and underprepared
But I wait for you

If you go, if you go
Leaving me here on my own
Well I wait for you

Yeah, how long must you wait for him?
Yeah, how long must you pay for him?
Yeah, how long must you wait for him?

Please, please, please
Come on and sing to me
To me, me

Come on and sing it out, out, out
Come on and sing it now, now, now
Come on and sing it

In my place, in my place
Were lines that I couldn't change
I was lost, oh yeah
Oh yeah

Sunday 22 August 2010

kali pertama

                 Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...  dengan namanya,saya mulakan penulisan blog yang pertama...saya berharap dapat belajar menulis dengan baik..mungkin akan memberi manfaat suatu hari nanti..:) pertama kali menjinakkan diri dengan dunia blog..rasa janggal dan pelik pula..huhu         Erm….saya pun tak tahu apa yang patut saya luahkan dalam blog ini..huhu saya cerita sajalah apa yang saya lalui semalam…J semalam dapat mesej dari paksu..dia ajak saya ke dars sayyidina syeikh Muhammad abul huda ya`qubi..seorang imam,alim,syeikh yang terkenal dikalangan pelajar,dan orang awam disini..syeikh tasawwuf yang telah berjaya mengislamkan ramai orang dibarat berkat da`wahnya..saya biasa kepengajiannya di jami` syeikh muhyiddin … Cuma jarang  kepengajiannya di jami umawi,atas faktor jauh dan kekurangan pada diri saya sendiri..huhu jadi pergi juga la semalam walaupun agak cuaca agak panas..syeikh mengajar kitab ihya`ulumiddin karangan hujjatul islam,imam ghazali rahimahullah..dars semalam berkisar tentang zikrullah..(betul ke?saya sampai agak lambat,mungkin ada yang tertinggal:D)alhamdulillah..moga dapat mengambil apa yang disampai syeikh dan dapat mengamalkannya dengan ikhlas..amin       selepas pengajian,khadim syeikh  menjemput kami untuk berbuka puasa di rumah seorang anak mrid syeikh..kami pun bersetuju..lalu kami terus ke jami` taubah,untuk mengambil seorang lagi rakan untuk ikut berbuka bersama kami..dijami` taubah,dibuka untuk berehat atau i`tikaf didalamnya..:) masyaALLAH,suasana didalam masjid ini amat tenang..sejuk..mungkin kesan dan berkat majlis zikir yg selalu diadakan disini pada setiap hari isnin selepas subuh..:) ramai orang berehat dalam jami ni..huhu selepas itu kami terus ke jami abdurrahman..janji akan dijemput disitu..    Alhamdulillah,dapat makan bersama  sama anak2 murid syeikh ya`qubi…selepas itu kami mendapat berita yang membuat kami gembira..anak murid syeikh beritahu yang syeikh akan solat tarawikh dirumah itu bersama kami..:) agak segan dengan syeikh ni..apa bila seikh samapi kami menyambutnya dan mencium tangan beliau..sambil menunggu solat isyak…syeikh bercerita tentang sayyidul walid beliau..sungguh terkesan dengan cerita syeikh..antara yang syeikh ceritakan:bapaku berkata padaku:”aku mampu untuk menulis dalam 70 bidang ilmu tanpa merujuk satu kitab pun”…tentang tarbiyah anaknya pula..seorang syeikh barkata:tiada orang menjaga dan mentarbiyah anaknya sebagaimana syeikh ibrahim yaqubi(bapa syeikh muhammad) menjaga dan mentarbiyah anaknya(syeikh muhammad abul huda yaqubi)… tp agak mencabar sikit la..tarawikh lapan rokaat dan syeikh baca satu juzu` setengah..satu rokaat 5 atau 6 mukasurat..agak goyah kaki…hehe lagipun telah “dipaksa” makan banyak masa berbuka tadi…huhu  apapun,berjaya juga menyelesaikannya..:) selepas tu ada 2 orang anak murid syeikh menyampaikan khutbah ..dan syeikh membetulkan kesalahan dan kesilapan mereka..dan ada anak kecil membaca hadis secara hafazan,dan ada yg membaca burdah secara hafazan..:) selepas mereka selesai syeikh memberikan hadiah seorang 500 lira..hehe seronok la budak2 tu..:)   Bersyukur pada tuhan,dapat bersama sama secara dekat syeikh kabir..moga saya pun dapat menjejak langkahnya..atau lebih tinggi darinya..amin ya robb..erm,sampai sini sajalah untuk kali ini…J kalau ada kekurangan sila tunjukkan..huhu