Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang... dengan namanya,saya mulakan penulisan blog yang pertama...saya berharap dapat belajar menulis dengan baik..mungkin akan memberi manfaat suatu hari nanti..:) pertama kali menjinakkan diri dengan dunia blog..rasa janggal dan pelik pula..huhu Erm….saya pun tak tahu apa yang patut saya luahkan dalam blog ini..huhu saya cerita sajalah apa yang saya lalui semalam…J semalam dapat mesej dari paksu..dia ajak saya ke dars sayyidina syeikh Muhammad abul huda ya`qubi..seorang imam,alim,syeikh yang terkenal dikalangan pelajar,dan orang awam disini..syeikh tasawwuf yang telah berjaya mengislamkan ramai orang dibarat berkat da`wahnya..saya biasa kepengajiannya di jami` syeikh muhyiddin … Cuma jarang kepengajiannya di jami umawi,atas faktor jauh dan kekurangan pada diri saya sendiri..huhu jadi pergi juga la semalam walaupun agak cuaca agak panas..syeikh mengajar kitab ihya`ulumiddin karangan hujjatul islam,imam ghazali rahimahullah..dars semalam berkisar tentang zikrullah..(betul ke?saya sampai agak lambat,mungkin ada yang tertinggal:D)alhamdulillah..moga dapat mengambil apa yang disampai syeikh dan dapat mengamalkannya dengan ikhlas..amin selepas pengajian,khadim syeikh menjemput kami untuk berbuka puasa di rumah seorang anak mrid syeikh..kami pun bersetuju..lalu kami terus ke jami` taubah,untuk mengambil seorang lagi rakan untuk ikut berbuka bersama kami..dijami` taubah,dibuka untuk berehat atau i`tikaf didalamnya..:) masyaALLAH,suasana didalam masjid ini amat tenang..sejuk..mungkin kesan dan berkat majlis zikir yg selalu diadakan disini pada setiap hari isnin selepas subuh..:) ramai orang berehat dalam jami ni..huhu selepas itu kami terus ke jami abdurrahman..janji akan dijemput disitu.. Alhamdulillah,dapat makan bersama sama anak2 murid syeikh ya`qubi…selepas itu kami mendapat berita yang membuat kami gembira..anak murid syeikh beritahu yang syeikh akan solat tarawikh dirumah itu bersama kami..:) agak segan dengan syeikh ni..apa bila seikh samapi kami menyambutnya dan mencium tangan beliau..sambil menunggu solat isyak…syeikh bercerita tentang sayyidul walid beliau..sungguh terkesan dengan cerita syeikh..antara yang syeikh ceritakan:bapaku berkata padaku:”aku mampu untuk menulis dalam 70 bidang ilmu tanpa merujuk satu kitab pun”…tentang tarbiyah anaknya pula..seorang syeikh barkata:tiada orang menjaga dan mentarbiyah anaknya sebagaimana syeikh ibrahim yaqubi(bapa syeikh muhammad) menjaga dan mentarbiyah anaknya(syeikh muhammad abul huda yaqubi)… tp agak mencabar sikit la..tarawikh lapan rokaat dan syeikh baca satu juzu` setengah..satu rokaat 5 atau 6 mukasurat..agak goyah kaki…hehe lagipun telah “dipaksa” makan banyak masa berbuka tadi…huhu apapun,berjaya juga menyelesaikannya..:) selepas tu ada 2 orang anak murid syeikh menyampaikan khutbah ..dan syeikh membetulkan kesalahan dan kesilapan mereka..dan ada anak kecil membaca hadis secara hafazan,dan ada yg membaca burdah secara hafazan..:) selepas mereka selesai syeikh memberikan hadiah seorang 500 lira..hehe seronok la budak2 tu..:) Bersyukur pada tuhan,dapat bersama sama secara dekat syeikh kabir..moga saya pun dapat menjejak langkahnya..atau lebih tinggi darinya..amin ya robb..erm,sampai sini sajalah untuk kali ini…J kalau ada kekurangan sila tunjukkan..huhu
not bad...ok jer...:) bestnye ble blh duduk 'rapat' dgn syeikh.... ameeenn~~~awk boleh..kne usaha byk lg spy blh jd mcm syeikh atau lbh baik dr syeikh...
hehe....tahniah! yea yea....dh ade blog...:D
ReplyDeletenot bad...ok jer...:)
bestnye ble blh duduk 'rapat' dgn syeikh....
ameeenn~~~awk boleh..kne usaha byk lg spy blh jd mcm syeikh atau lbh baik dr syeikh...
msia perlukan awak!!! hehe...ISLAM lgla perlu...
cpt usaha dptkn sanad quran...:D hihi
erm...blog awak cute lagi...:P harap macam tu la...doakan saya selalu.. sanad quran sedang diambil,harap sabar...erk...hehehe
ReplyDelete